Star Online Entreprenuer Program ( Kelas 1)

21 September 2020 | Aktiviti Terkini

Star Online Entreprenuer Program (Kelas 1) telah diadakan pada 20 September 2020 bersamaan hari ahad di Pusat Internet Taman Sepakat jaya. Kelas tersebut bertujuan untuk melatih dan membimbing para usahawan yang ingin memulakan perniagaan mereka. Star Online Entreprenuer Program merupakan program yang akan berlanjut selama 3 bulan dengan setiap kelas akan mengikut kesesuaian masa peserta. Para peserta yang telah mengikuti program ini akan diberikan hadiah dan cenderahati oleh Pihak Pusat Internet Taman Sepakat Jaya.

Pada 20 September 2020, seramai 5 orang peserta yang telah mengikuti Star Online Entreprenuer Program bagi sesi pengenalan kepada perniagaan dan membuat logo perniagaan. Kelas tersebut telah dijalankan selam 3 jam iaitu dari pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Selain itu, mereka turut didedahkan dengan mempromosikan produk mereka di laman social seperti facebook. Para peserta juga sempat menyiapkan logo perniagaan dan sticker perniagaan mereka pada masa yang telah ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali